Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD AKAN MENJALANKAN PANEL INKUIRI BERKAITAN INSIDEN TREN

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Sabtu, 21 Mei 2016

Kenyataan Media
Tarikh disiarkan: 21 Mei 2016


SPAD AKAN MENJALANKAN PANEL INKUIRI BERKAITAN
INSIDEN TREN

 

KUALA LUMPUR, 21 MEI 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan panel inkuiri bagi insiden antara tren Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu yang telah berlaku pada 7 Mei 2016.

Panel inkuiri tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik.

Melalui hasil siasatan awal oleh KTM Berhad yang akan dibentangkan, panel inkuiri ini akan mengenal pasti punca insiden tersebut, serta kemungkinan kesilapan untuk mengikuti prosedur. Panel ini juga akan menyemak kecekapan tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan yang akan dikenalpasti ketika inkuiri dijalankan. Bagi membantu inkuiri ini, individu-individu yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung akan diminta untuk hadir bagi memberikan keterangan.

Insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). Berdasarkan inkuiri insiden rel yang pernah dijalankan oleh SPAD, siasatan ini dijangkakan akan mengambil tempoh masa selama tiga (3) bulan.

-Tamat-

Media