Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Semua diarah pindah

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Rabu, 6 November 2013

 

 

Semua diarah pindah

IPOH – Semua pengusaha bas ekspres di sekitar bandar raya ini digesa bekerjasama berpindah ke Terminal Amanjaya di Meru Raya bagi memastikan hasrat kerajaan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang terbaik kepada rakyat berjaya. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pengusaha-pengusaha bas berkenaan perlu memahami hasrat kerajaan dalam melakukan transformasi khususnya sistem pengangkutan awam melalui pembinaan Terminal Amanjaya yang serba moden. “Kita tak boleh nak ada kaunter di sini (Terminal Amanjaya) dan pada masa sama nak ada kaunter tiket di tempat lain sedangkan tempat ini dah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), jadi kena ikut la. “Bila kita dah buat penguatkuasaan undang-undang tidak boleh ada pengecualian, ada orang kena patuh dan sesetengah lagi tak perlu patuh namun kita faham apa yang berlaku seperti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan dulu akan berlaku di sini yang akhirnya semua pihak akan berpindah ke sini.