Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Respon YB Tan Seri Syed Hamid Albar Dakwaan Pelancong Asing Diculik, Dirompak & Dirogol Ketika Menggunakan Teksi

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Khamis, 14 Mac 2013

RESPON Y.B. TAN SERI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR, PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

 

KUALA LUMPUR (14 Mac 2013): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (“S.P.A.D.” atau “Suruhanjaya”) memandang serius dakwaan pelancong asing yang diculik, dirompak dan dirogol oleh tiga lelaki semasa menggunakan teksi seperti mana yang dilaporkan di akhbar.  Perkara ini masih dalam siasatan Polis and S.P.A.D. sedang bekerjasama dengan pihak Polis bagi mengesan mereka yang terlibat.  Tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu/pengendali jika siasatan mengesahkan dakwaan tersebut.

S.P.A.D. melahirkan  rasa simpati dan kesal di atas kejadian yang berlaku terhadap mangsa yang sepatutnya tidak berlaku di negara ini.  S.P.A.D. menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada apabila menggunakan perkhidmatan teksi dengan memastikan bahawa teksi tersebut memaparkan Kad Pemandu di ruangan ‘dashboard’ teksi tersebut.  Kad Pemandu ini dikeluarkan oleh S.P.A.D. dengan mengambil kira latarbelakang pemandu yang memohon.  Penumpang hendaklah memastikan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah mereka yang memandu teksi tersebut.

Contoh Kad Pemandu boleh dilihat dilihat di halaman sesawang S.P.A.D. di www.spad.gov.my (seperti yang berikut).

 

S.P.A.D. sebagai perancang, pengawal selia pengangkutan awam darat sentiasa hendakkan pengangkutan awam darat senantiasa selamat, boleh diharap, responsive, mudah diekses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan lestari bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup rakyat.