Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

S.P.A.D.Prihatin Terhadap Kebajikan Pemandu Teksi

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Rabu, 24 April 2013

 

KUALA LUMPUR (24 April 2013): Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini menyampaikan cek tuntutan insurans kepada keluarga Allahyarham Hassan bin Ahmad, pemandu teksi yang berkhidmat di bawah syarikat Public Cab Sdn Bhd, yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Cek telah diterima oleh balu Allahyarham, Puan Azmani Yaziz yang hadir bersama anak-anak. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Urusan Public Cab, En Frankie Yap dan Datuk Aslah Abdullah, Presiden Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur.

Dari kiri: Datuk Haslah Abdullah (Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa KL),
Frankie Yap (Pengarah Urusan Public Cab), Tan Sri Syed Hamid Albar (Pengerusi S.P.A.D.)
ketika menyampaikan cek tuntuan insuran kepada balu Allahyarham Hassan Ahmad (tiga dari kanan).

Dalam ucapan ringkasnya, Tan Sri Syed Hamid mengucapkan tahniah kepada Public Cab di atas usaha ini dan sepatutnya menjadi contoh kepada syarikat-syarikat teksi yang lain di dalam soal menjaga kebajikan pemandu teksi. Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengendali adalah antara insentif-insentif yang digalakkan oleh S.P.A.D. di dalam mentransformasikan industri teksi.