Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PENGATURAN SEMULA LALUAN 120, 121, 122 DAN T121 BAGI KORIDOR JALAN IPOH

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Isnin, 14 Mac 2016

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2016 – Dalam usaha berterusan untuk menyelaraskan semula pelaksanaan Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengatur semula laluan 120, 121, 122 dan T121 bagi Koridor Jalan Ipoh untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penumpang di kawasan yang terlibat.

Keputusan ini dibuat berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh SPAD ke atas pengendali bas Setara Jaya, serta maklum balas yang diterima daripada penumpang berkenaan masa menunggu yang lama dan keadaan bas yang sesak. Di bawah langkah ini, laluan-laluan tersebut akan dikendalikan oleh Causeway Link, yang dimiliki oleh Handal Ceria Sdn. Bhd. 

Penyusunan semula ini merangkumi laluan-laluan berikut : 

  1. Laluan 120 (Jinjang Utara – HAB Medan Pasar): Waktu operasi dari 5.30pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, akan berkuat kuasa pada 15 Mac 2016.
  2. Laluan 121 (Taman Sri Sinar – HAB Medan Pasar): Waktu operasi dari 5.30 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 20 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, akan berkuat kuasa pada 15 Mac 2016.
  3. Laluan 122 (Taman Ehsan – HAB Medan Pasar): Laluan ini telah diambil alih oleh Causeway Link sejak 19 Februari lalu. Waktu operasi adalah dari 5.30 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 20 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.
  4. Laluan T121 (Metro Prima – Bandar Baru Selayang): Laluan ini akan mula beroperasi pada 22 Mac, 2016. Laluan ini turut diambil alih oleh Causeway Link bagi menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk pengguna di kawasan Kepong. Waktu perkhidmatan dan kekerapan perkhidmatan akan diumumkan pada masa yang terdekat. 

SPAD ingin meyakinkan orang ramai bahawa pelbagai langkah proaktif sedang diambil bagi menyelesaikan isu-isu operasi dalam program Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti dengan kadar yang segera. Pemantauan terhadap perkhidmatan bas sentiasa dilakukan melalui Sistem Kedudukan Global (GPS) dan ini juga merangkumi pemerhatian pegawai-pegawai yang bertugas di koridor yang mengalami masalah bagi menstabilkan perkhidmatan. 

Orang ramai digalakkan untuk menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723(SPAD), bagi menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

|Muatturun Fail|

Media