Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD MENGAMALKAN POLISI TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Rabu, 23 Mac 2016

Kuala Lumpur, 23 Mac, 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap penahanan lima anggota penguatkuasaan yang ditugaskan di KLIA dan klia2 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima rasuah.

Penahanan tersebut amat membimbangkan kerana ia melibatkan integriti Suruhanjaya di dalam melaksanakan tugas bagi kepentingan rakyat dan industri pengangkutan awam. SPAD akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM di dalam siasatan yang sedang dijalankan.

SPAD sentiasa mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah. Suruhanjaya akan mengenakan tindakan yang keras terhadap kakitangan yang didapati bersalah; ini termasuk tindakan pemecatan daripada perkhidmatan. Orang ramai atau mana-mana pihak boleh menyuarakan perkara dan isu-isu berkaitan integriti kakitangan SPAD melalui talian 1-800-88-7723 atau emel kepada integrity@spad.gov.my

|Muat turun fail|

Media