Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD MEMANDANG SERIUS INSIDEN KEBAKARAN BAS RAPID KL DI WANGSA MAJU DAN AKAN MENJALANKAN SIASATAN SERTA MERTA

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Khamis, 13 Oktober 2016

KENYATAAN MEDIA SPAD MEMANDANG SERIUS INSIDEN KEBAKARAN BAS RAPID KL DI WANGSA MAJU DAN AKAN MENJALANKAN SIASATAN SERTA MERTA


Kuala Lumpur, 13 September Oktober 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius insiden kebakaran sebuah bas berhenti-henti Rapid KL (laluan T251 LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju) yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd. Kejadian tersebut telah berlaku sekitar jam 4 petang pada hari ini, berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju.

Tindakan pantas kapten bas yang terbabit yang berjaya menurunkan kesemua 6 penumpang telah mengelakkan sebarang kejadian kehilangan nyawa dan kecederaan, namun SPAD tetap mengambil berat insiden tersebut kerana ia melibatkan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya.

Sehubungan dengan itu SPAD akan menjalankan siasatan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk mengenal pasti punca insiden tersebut dan sekali gus menjalankan audit terperinci di atas pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) oleh Rapid KL.

Dalam pada itu Prasarana juga akan diarahkan untuk menyerahkan satu laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada Suruhanjaya.

- Tamat –

kenyataan_media_-_spad_memandang_serius_insiden_kebakaran_bas_rapid_kl_di_wangsa_maju_dan_akan_menjalankan_siasatan_serta_merta.pdf

Media