Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD MENGGESA PENGENDALI E-HAILING UNTUK MENGAMALKAN STANDARD KESELAMATAN YANG TERBAIK

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 26 Mei 2017

SPAD ingin menzahirkan simpati kepada penumpang wanita yang baru-baru ini mengalami pengalaman yang menakutkan dan menggerunkan di dalam satu kejadian rompakan yang melibatkan pemandu Uber bersama seorang lagi individu yang telah bersubahat. Walaupun kejadian ini diklasifikasikan sebagai satu perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa PDRM, SPAD amat memandang serius insiden tersebut. Dengan itu, Suruhanjaya menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar yang segera.

SPAD sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang pengangkutan awam darat. Apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada Julai 2017), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan yang tertinggi. Di bawah pindaan yang dicadangkan bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan SPAD dan akan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang yang ketat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain, seperti PDRM dan JPJ. SPAD tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan penalti terhadap pengendali e-hailing atau pemandu dan menyita kenderaan pemandu yang didapati melanggar undang-undang. 

SPAD mengucapkan syabas atas tindakan pantas PDRM untuk memberkas pemandu yang berusia 22 tahun berkenaan bagi siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan.

-Tamat-

|Muat Turun Fail|

Bagi sebarang pertanyaan media: 
Bahagian Komunikasi, 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 
Tel: +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7007
Emel:  communications@spad.gov.m
 

 

Media