Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

KENYATAAN BAJET 2017: PENGANGKUTAN AWAM DARAT TERUS DIUTAMAKAN KERAJAAN

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 21 Oktober 2016

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengalu-alukan peruntukan bagi peningkatan pengangkutan awam darat bawah Bajet 2017.

Kelulusan peruntukan sebanyak RM60 juta akan membantu penerima permit teksi individu berkelayakan yang keluar daripada sistem pajak untuk membeli kenderaan baru dengan penerimaan geran RM5,000. Ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk membangunkan taraf industri ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi. Tambahan pula, Kerajaan telah mengumumkan perkenalan jaringan keselamatan melalui skema PERKESO bagi pemandu teksi yang layak.

Demi meningkatan mobiliti dan mengurangkan kesesakan di kawasan  Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang (GKL/KV) yang kian mengalami urbanisasi, Kerajaan telah komited dalam merealisasikan projek-projek yang berwawasan seperti Penyambungan Laluan bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang. Ini termasuk projek MRT Sungai Buloh – Kajang yang bakal beroperasi. 

Di luar kawasan Lembah Klang, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi pemulihan laluan Pantai Timur yang telah musnah akibat banjir kilat pada tahun 2014. Ini akan memulihkan kesalinghubungan bagi kawasan luar bandar yang bergantung kepada perkhidmatan rel.

Pengenalan 19 set tren ETS baru yang akan beroperasi bagi laluan Johor Bahru – Padang Besar akan mempertingkatkan frekuensi perkhidmatan serta kapasiti bagi memenuhi permintaan untuk perkhidmatan ini yang kian berkembang pesat. 

Sehubungan itu, SPAD mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri bahawa Kerajaan akan meneruskan projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) dengan peruntukan RM55 bilion. Projek ECRL ini yang merangkumi jarak 600km akan menghubungkan kawasan GKL/KV dengan bandar-bandar di Pantai Timur, termasuk Bentong, Kuantan, Kuala Teregganu, Kota Bahru dan Tumpat. Seiring dengan itu projek ini juga akan membolehkan pertumbuhan sosioekonomi di sepanjang jajaran serta membawa faedah dan perubahan kepada rakyat. 

“SPAD yakin bahawa peruntukan bawah Bajet 2017 untuk pengangkutan awam darat penting dalam usaha-usaha Suruhanjaya untuk mencapai sasaran perkongsian mod sebanyak 40% di kawasan dalam bandar pada tahun 2030,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah. 

-Tamat-

|Muat turuan fail

Untuk pertanyaan media : 
Bahagian Komunikasi 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 
Tel : 03-2726 7000 / Fax : 03-2726 7300 
Emel : communications@spad.gov.my

Media