Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PENJELASAN TERHADAP KENYATAAN MENGENAI CADANGAN PROJEK LRT PULAU PINANG

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Khamis, 16 Jun 2016

PENJELASAN TERHADAP KENYATAAN MENGENAI CADANGAN PROJEK LRT PULAU PINANG

KUALA LUMPUR, 16 Jun, 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai kenyataan yang telah dibuat baru-baru ini oleh pengerusi jawatankuasa pengurusan trafik dan mitigasi banjir, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B. Chow Kon Yeow di dalam rencana bertajuk ‘Penang Government Hoping to Secure SPAD Approval for LRT Project By July’ yang diterbitkan oleh Bernama pada 14 Jun. 

SPAD telah menerima cadangan skim rel dan kajian kebolehlaksanaan bagi projek tersebut. Pihak konsortium projek juga telah memohon untuk mengadakan mesyuarat bersama SPAD dan pihak Suruhanjaya sudah mengambil maklum perkara-perkara yang telah dibentangkan pada 10 Jun 2016.

Buat masa ini, SPAD sedang menyemak deraf skim dan kajian yang telah dikemukakan bagi menilai cadangan projek ini. Sekiranya perlu, pihak Suruhanjaya akan menghubungi pihak Kerajaan Negeri untuk maklumat tambahan, sebelum keputusan yang muktamad boleh dicapai. Memandangkan proses penilaian masih sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk membuat sebarang spekulasi berkaitan pemberian kelulusan bagi projek ini.

-Tamat-

|Muat Turun Fail|

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Radha Warrier
Ketua Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Emel: communications@spad.gov.my
Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300

Media