Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

RAPID RAIL DIARAHKAN SERAH PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN LRT

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Khamis, 8 September 2016

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terus memantau isu-isu perkhidmatan LRT dan perihatin dengan gangguan perkhidmatan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya pada pagi hari ini. Kami sedia maklum bahawa para pengguna telah mengalami keadaan yang tidak selesa dan ramai yang telah lewat sampai ke destinasi mereka. 

Suruhanjaya dengan ini telah mengarahkan Rapid Rail Sdn Bhd untuk menjalankan audit dan siasatan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut dan mengemukakan langkah-langkah mitigasi untuk mengelakkannya daripada berulang. Dengan itu pengendali dikehendaki mengemukakan laporan penuh kepada SPAD pada 21 September 2016, dan mencadangkan langkah-langkah untuk menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan masa yang digunakan untuk bertindak balas. 

Pengguna yang ingin membuat aduan mengenai insiden ini boleh mengirimkan emel kepada aduan@spad.gov.my

|Muat turun fail|

 

Media