Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Selasa, 5 Julai 2016

KENYATAAN MEDIA 

SPAD TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin menegaskan bahawa semua kenderaan pengangkutan awam, barangan dan pelancongan juga adalah tertakluk dibawah peraturan lalu lintas yang tidak membenarkan penyalahgunaan lorong kecemasan. 

Pada 4 Julai 2016, SPAD melalui rakaman video yang disebarkan melalui media sosial telah mengesan beberapa buah teksi yang telah menghalang laluan kecemasan semasa ambulans menggunakan laluan tersebut. 

Kesalahan ini adalah di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ). Namun SPAD memandang serius hal ini dan akan mengambil tindakan kepada perlakuan pemandu tersebut melalui pengendali yang berkaitan. 

SPAD akan bekerjasama dengan pihak JPJ untuk menyiasat perkara ini dan melalui maklumat yang diterima nanti, SPAD boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Tindakan yang boleh diambil termasuk penggantungan dan pembatalan Kad Pemandu/Permit Kenderaan atau Lesen Pengendali menggunakan kuasa Suruhanjaya yang diperuntukan dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

SPAD ingin mengingatkan semua pengendali pengangkutan awam darat dan pemandu untuk sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain pada setiap masa.

 

-Tamat-

 

|Muat turun fail|

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 

Anuja Ravendran
Pengurus Kanan, Komunikasi 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 
Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300 

 

 

 

 

 

Media