Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 18 November 2016

KENYATAAN MEDIA

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING

Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak.

Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.

Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen. Pihak Suruhanjaya telah dinasihatkan bahawa kelulusan oleh Parlimen dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017.

Apabila pindaan kepada undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Parlimen, SPAD akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi e-hailing.

|Muat Turun Fail|

-Tamat-

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel     : +603 2726 7000 / Faks: +607 2726 7300
Emel   : communications@spad.gov.my

 

Media