Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

DYMM SULTAN JOHOR MENERIMA MENGADAP SPAD DAN MEMBERI PERKENAN BAGI JAJARAN JAMBATAN PROJEK RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS) LINK

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 17 November 2017

KENYATAAN MEDIA

DYMM SULTAN JOHOR MENERIMA MENGADAP SPAD DAN MEMBERI PERKENAN BAGI JAJARAN JAMBATAN PROJEK RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS) LINK

Johor Bahru, 15 November 2017 - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap En. Mohd Azharuddin Bin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15hb November 2017 untuk mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS. Tiga pilihan jajaran ini telah mengambil kira cadangan DYMM Sultan semasa pertemuan bersama DYMM Sultan sebelum ini pada 19hb September 2017.

DYMM Sultan telah memberi perkenan bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus. Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. DYMM Sultan juga menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di kawasan stesen RTS Bukit Chagar, dan perkara ini akan diambil tindakan oleh SPAD. 

Suruhanjaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DYMM Sultan di atas sokongan dan perkenan bagi projek RTS ini. SPAD juga ingin merakamkan penghargaan kepada YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di atas kepimpinan dan bimbingan beliau dalam projek RTS.

|Muat Turun Fail|

Media