Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN SEDANG DIJALANKAN BAGI LALUAN ECRL SEKTOR GOMBAK KE PELABUHAN KELANG

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Khamis, 20 April 2017

KENYATAAN MEDIA 

KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN SEDANG DIJALANKAN BAGI LALUAN ECRL SEKTOR GOMBAK KE PELABUHAN KELANG 

KUALA LUMPUR, 20 April 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan bahawa skim kereta api bagi Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang sedang menjalani sesi Pameran Awam merangkumi sektor projek yang telah sedia untuk dilaksanakan dan tiada laluan yang telah ‘digugurkan’ seperti yang didakwa dalam beberapa artikel yang disiarkan semalam. 

Selaras dengan Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta), sesi Pameran Awam ini telah dijalankan setelah skim kereta api yang telah dikemukakan oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. bagi Fasa 1 projek ECRL dari Terminal Bersepadu Gombak ke Wakaf Bharu yang merangkumi 600.3km telah menerima kelulusan bersyarat dari pihak SPAD. 

Satu kajian kebolehlaksanaan yang terperinci sedang dijalankan bagi projek ECRL fasa 2 yang merangkumi laluan ITT Gombak ke Pelabuhan Klang. Apabila proses-proses yang sewajarnya selesai dijalankan, SPAD akan mengadakan sesi Pameran Awam berdasarkan skim kereta api yang telah diberikan kelulusan bersyarat seperti mana yang diwajibkan di bawah Akta. 

|Muat Turun Fail|

Media