Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

LALUAN BAS BAHARU BAGI MENINGKATKAN AKSES KE KLINIK KESIHATAN KUALA LUMPUR

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Sabtu, 22 April 2017

KENYATAAN MEDIA 

LALUAN BAS BAHARU BAGI MENINGKATKAN AKSES 

KE KLINIK KESIHATAN KUALA LUMPUR 

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2017 - Bermula pada hari Selasa hadapan, 25 April 2017, perjalanan bas RapidKL Laluan 402 akan disusun semula untuk memberikan perkhidmatan sepanjang Jln Tun Razak - Jln Ipoh - Jln Pahang - Bulatan Pahang dan Jln Tun Razak menuju ke KLCC. Penyusunan semula ini akan merangkumi empat hentian bas tambahan. Salah satu daripada hentian itu merupakan hentian baru, di mana anggaran jaraknya kira-kira 80 meter daripada pintu masuk belakang Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) bagi membolehkan akses yang lebih mudah ke klinik. 

Laluan bas baharu ini juga menyediakan sambungan ke Stesen LRT Titiwangsa dan Stesen Monorel Chow Kit. 

Selain daripada itu, SPAD sedang bekerjasama dengan DBKL untuk menambahbaik hentian bas baru serta laluan pejalan kaki menuju ke KKKL itu di dalam jangka masa sederhana

|Muat Turun Fail|

Media