Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

PEMERIKSAAN AWAM LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL) SELAMA 3 BULAN BERMULA

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Rabu, 8 Mac 2017

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah sebuah projek nasional oleh Kerajaan Malaysia untuk membina laluan kereta api baru yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur ke kawasan Lembah Klang. Hari ini menyaksikan pelancaran rasmi sesi Pemeriksaan Awam yang pertama oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Platinum Sentral, Kuala Lumpur Sentral. Pelancaran ini menandakan permulaan Pemeriksaan Awam bagi projek ECRL selama 3 bulan, yang telah menerima kelulusan bersyarat daripada SPAD pada 2 Mac 2017.

Sesi Pemeriksaan Awam ini akan mempamerkan pertamanya, cadangan laluan kereta api dari Wakaf Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak  yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 km. Kedua, lokasi stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia dan ketiganya, lain-lain ciri projek ECRL.

Selain daripada ibu pejabat SPAD, sesi Pemeriksaan Awam akan turut diadakan di 38 lokasi yang dikunjungi orang ramai, termasuk pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Putih, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong dari tarikh 8 Mac 2017 sehingga 5 Jun 2017. 

Pameran ini merupakan keperluan di bawah Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang menyatakan bahawa satu forum maklum balas awam perlu diadakan bagi setiap projek rel yang dicadangkan. Pameran ini juga bertujuan bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai manfaat sosio-ekonomi projek ECRL kepada negara.

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat dan memberikan maklum balas boleh menghubungi talian bebas tol 1800-222-524 atau melawat laman sesawang MRL (www.mrl.com.my) atau menghantar e-mel kepada feedback@mrl.com.my

|Muat turun fail|

 

Media