Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD AKAN MENYIASAT INSIDEN MELIBATKAN PEMANDU BAS SUKAN SEA TIDAK MEMPUNYAI LESEN

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Sabtu, 19 Ogos 2017

KENYATAAN MEDIA

SPAD AKAN MENYIASAT INSIDEN MELIBATKAN PEMANDU BAS SUKAN SEA TIDAK MEMPUNYAI LESEN

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil Kiffah Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi membantu siasatan berikutan kes mengenai pemandu syarikat tersebut yang dipercayai tidak mempunyai lesen pemandu. Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan kepada para pengendali dan pemandu yang terlibat dengan Sukan SEA KL 2017 supaya sentiasa mematuhi secara ketat keperluan-keperluan pelesenan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP).

SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya. Di samping itu lebih daripada 100 anggota penguatkuasa SPAD akan dikerahkan ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan serta untuk memastikan pematuhan syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.

|Muat Turun Fail|

Media