Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD MENGENAKAN SEKATAN TERHADAP PEMANDU E-HAILING SEMENTARA MENANTI KEPUTUSAN SIASATAN

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Selasa, 15 Ogos 2017

KENYATAAN MEDIA

SPAD MENGENAKAN SEKATAN TERHADAP PEMANDU E-HAILING SEMENTARA MENANTI KEPUTUSAN SIASATAN

Kuala Lumpur Ogos 15: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kesal dengan insiden baru-baru ini, di mana seorang pemandu Grab didakwa telah menyerang seorang penumpang remaja.

Sementara menanti siasatan polis mengenai kes tersebut, Suruhanjaya telah mengenakan sekatan terhadap pemandu terbabit. Ini menghalang pemandu berkenaan daripada beroperasi, atau berpindah ke sistem aplikasi e-hailing yang lain bagi memastikan keselamatan penumpang diutamakan.

“SPAD tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan jenayah atau salah laku oleh pemandu dan pengendali pengangkutan awam darat. Suruhanjaya akan memastikan tindakan segera diambil bagi membasmi salah laku tersebut," menurut Suruhanjaya.

|Muat Turun Fail|

Media