Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD SEDANG MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP INSIDEN PEMANDU BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Rabu, 22 Mac 2017

KENYATAAN MEDIA 

SPAD SEDANG MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP INSIDEN PEMANDU BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA 

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berikutan video yang dihebahkan melibatkan bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. yang dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak pada Ahad, 19 Mac 2017. Pihak Suruhanjaya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010). 

Berikutan insiden tersebut, SPAD telah mengambil langkah-langkah berikut: 

  1. Pasukan Penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu tersebut, merakam kenyataan pemandu bas itu dan menggantung permit kenderaan tersebut bagi membantu siasatan
  2. SPAD telah merakam kenyataan yang dibuat oleh pengendali bas Darul Naim Express pada 21 Mac 2017

Berdasarkan hasil siasatan, SPAD akan mengambil tindakan di bawah APAD 2010 ke atas pihak-pihak yang didapati melanggar undang-undang. 

SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain. 

-Tamat-

|Muat Turun Fail|

Media